Rabu, 18 Ogos 2010

NASI KOMOK

Resepi yang berasal dari Selatan Thailand. Di Malaysia, ianya sangat popular di negeri Kelantan yang punyai hubungan rapat dengan rakyat di sana. Hidangan yang sungguh ringkas dan kreatif dengan hanya berlaukkan ayam kukus dan goreng serta bersama hirisan timun juga daun salat. Sentuhan resepi sos cili buatan sendiri akan menyukarkan anda melupakan kenikmatan dan kelazatannya. Hidangan McDonald pun boleh kecundang. Jika berminat, silalah cuba dengan bersungguh-sungguh.

BAHAN-BAHANNYA:
1 kg beras basmathi
1 ekor ayam - dipotong 8 bahagian

BAHAN YANG PERLU DIMESIN:
3 sudu besar rempah komok (rempah kurma pun boleh)
5 ulas bwg putih
8 ulas bwg merah
3 biji cili hijau
2 tangkai akar daun ketumbar

BAHAN-BAHAN LAIN:
2 biji buah tomato dibelah 2,dipotong melintang
1 biji timun Daun salad

BAHAN UNTUK MENUMIS:
1 in kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
8 biji pelaga
1 in halia (di mayang)
4 ulas bwg merah (di mayang)
3 ulas bwg putih (di mayang)
½ tin susu cair
2 sudu minyak
2 sudu planta
2 sudu minyak sapi
Gula & garam

BAHAN UNTUK BUAT SOS CILI:
6 biji cili api merah
3 bawang putih jeruk
5 sudu gula
½ sudu garam
Daun ketumbar (semuanya di mesin)

CARA MEMASAK:
1) Panaskan minyak, minyak sapi & planta.
2) Masukkan bahan yg di mayang dgn rempah kasar & tumis sampai naik bau.
3) Masukkan bahan yg dimesin & tumis hingga kekuningan.
4) Masukkan ayam & kacau hingga sebati.
5) Masukkan susu cair, gula & garam.
6) Masak sampai kuah pekat & setelah itu asingkan ayam serta kuah.
7) Basuh beras & toskan.
8) Ambil kuah & masukkan dlm beras. Gaulkan hingga rata.
9) Tambahkan air secukupnya & masak nasi sampai masak.
10)Masukkan ayam & gaulkan dengan nasi.

Tiada ulasan: